Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada
seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas. Pada waktu
itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang
sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya
kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah
sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan
lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa wukuf, ia
mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku
bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh
Allah."
Setelah itu ia pun tertidur. Ia
meletakkan ketujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian ia
bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia
diperiksa segala amalanya. Setelah selesai
pemeriksaan, ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke
neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.
Tiba-tiba batu kecil yang dikumpulnya tadi datang
dekat pintu neraka tersebut. Malaikat azab
telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka
tersebut. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap
berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak dapat karena batu
mengikuti ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para
malaikat yang akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha
sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak bisa.
Sampai di pintu neraka yang ketujuh, neraka itu pun tidak mau menerimanya kerana
ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi
lelaki itu memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang
ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang
engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu.
Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan
'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Begitu ia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba
pintu syurga itupun terbuka
lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya
dahulu.